Friday, February 27, 2009
minggu yang menyeksakan
Huargghh………………akhirnya minggu yang sungguh menyakitkan akhirnya habis jugak. Lega tak terkata. Yahoo!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebab apa aku tulis macam ni? Sebab aku rasa amat terseksa sangat minggu ni. Lebih-lebih lagi hari khamis. Cuba bayangkan, kelas aku terpaksa berhadapan dengan 2 test, Speech comm. ngan bio. Dah la dua2 nya aku tak abis study pun, pastu kene wat repot untuk ACS lak sebelum wat pembentangan Tourism Convention. Mmg best wat mende ni, tapi sayangnya tak tau la bila aku dapat jejakkan kaki ku di bumi Michigan. lepas je abis hari yang mengerikan tuh aku berhadapan pulak dengan assignment Mr Purusothaman a.k.a. Mr Purush. Dah le banyak mende kene wat, “we’ve to respond to 2 essays” ,gile ke………tu lah kalo orang malas……..tangguh…dan tangguh…dan tangguh. Aku stay up dari pkl 9 mlm sampai 4.15 pagi. Memang penat dowh! Serious shit….tak tipu. Dan itulah first time aku tidur paling lambat untuk sem ni. Tapi……tapi aku lagi stress bila waktu Mr. Purush masuk kelas, dia kata yang kitorang bole hantar response tu minggu depan. Eeee………menyirap je. Minggu lepas dia kata nak minggu ni. Eii….sabo jer rrrr….melihat wajah kebapaannya itu buat hati aku ni redup balik. Senarnya…..aku tak marah pon…..cume bengang je r tak dapat tidur yang cukup malam semalam. Yang penting….minggu ni dah abis. Masa untuk enjoy…
tak kesah r walopun terlambat
Lepas abis je solat jumaat, kitorang hamper satu kelas pegi tengok wayang, GENG. Movie kartun pertama kat Malaysia…..apapun citernye mmg lah tersangat best, bagus…….mmg bagus r bagi aku. Kalo nak dibandingkan ngan kartun asing mmg la citer kite ni tak setaraf….tapi dorang bagus pun sebab bajet dorang mmg besar. Pastu lak…nak2 citer tu famous…fuh…satu dunia pegi tengok. Tapi tengokla filem Malaysia….orang Malaysia sendri pun rase segan. Sepatutnya kita perlu support dorang, para karyawan tempatan ni utk menapak lebih kukuh dalam negara sendiri. Ini sokong pun tak,kutuk je lebih. Jadi, oleh itu ramai2la kite menyokong filem tempatan Malaysia terutamanya Geng ni. Apa tunggu lagi, ayuh….sokong!
Tuesday, February 24, 2009
aduh! (adib yang kata) sedihnya aku....
Sabtu, awal2 pagi aku balik kampong sebab umah nenek aku yg kt sabak bernam tu nak wat kenduri. Terpaksalah balik walopun kerje melambak. Sampai je kt umah….sedih la pulak, sebab Umak Tua a.k.a. moyang pompan aku tgh sakit. Aku kesian sangat tengok dia.sebelum ni, lepas seminggu je aku kat Fargo unyuk menjalani sesi spring, aku diberitahu yang Umak Tua sakit. Lepas tu elok balik. Tapi sekarang, sakitnya tu datang lagi. Dia asyik mengeluh sebab rasa macam tak sedap badan; rasa panas, tak selesa, susah nak tido….macam lagi la. Sedihnya aku.
terima kasih daun keladi
Aku rasa belum terlambat agi untuk aku ucap terima kasih kat kawan2, mimi, rohani, bdk2 klas fargo yang wish birthday aku……thank you guys. Harap2 korang sume sukses selaloo.
Monday, February 16, 2009
speech comm.
arghhh........................cm tu ke nak wat demo speech? harap2 menjadi la aku punye demo.(takutnye kantoi ngan mrs. kiran,dah r taip masa ms. kiran mengajar)
Sunday, February 15, 2009
Feb 15, hari jadiku
haha.......aku dah 19 tahun. Happy Birthday AIMAN. Moga-moga ko dapat hidup lebih panjang lagi. Aku nak ucap terima kasih kat Mak ngan Abah sebab bagi hadiah hari jadi yang paling mahal. RM 100.....ituah jumlah yang mak ngan abah bagi untuk hari jadiku ini. Senarnya kitorng sekeluarga tak sambut sangat mende2 ni. Cuma masa kecik2 dulu je. Mungkin masing2 sibuk dengan aktiviti sendiri........apapun aku dah semakin tua.
Friday, February 13, 2009
eagle eye
Semalam, masa buat group discussion dengan Azry kat bilik dia, kitorang berdua tengokla Eagle Eye lakonan Shia La#$$%%(entah la aku pun tak tau macam man a nak eja die punye nama). Firstly, masa intro movie tuh mmg bengang sangat! SO BIAS, UNFAIR bla bla bla...............berlatar belakangkan Pakistan, kelihatan sekumpulan yang bg pihak Barat mereka adalah MILITANT,EXTREMIST,TERRORIST.......entah apa lagi perkataan yg seangkatan dengan 3 perkataan tuh...sedang menuju ke sebuah perkampungan lengkap membawa senjata bagi menunjukkan bahawa TERRORISTnya Muslim itu.(yg aku tahu semua Muslim yg berpegang teguh dengan agama Allah tidak akan sesekali bertindak kasar kecuali.......kecuali jika mereka dikasari dan dianiaya)Yg paling menyakitkan hati, bila kumpulan tersebut a.k.a terrorist tu tengah mengebumikan jenazah dan sedang membaca Al-Fatihah- kalo x silap aku, pihak yg menggelarkan diri mereka sebagai ORANG YG TERBAIK DI DUNIA,PENYELAMAT DUNIA(tp hampeh...) mengebom kumpulan tersebut. Bagi aku perkara tu macam dah keterlaluan.....sungguh melampau!Kenapa mesti kaitkan keganasan dengan Islam, mcm konfem je yg TERRORISM=ISLAM. Hishhhh........sungguh menyakitkan hati. Aku bukan menyokong keganasan, tetapi biarlah sesuatu benda yg dibuat tu x mengganggu sensitiviti orang lain. Macam la x de orang lain kat dunia ni yg boleh digelar pengganas?Kenapa perlu dalam Eagle Eye, Muslim dilabel sebagai pengganas ? Kenapa? Sebabnya mungkin untuk menyebar dan menyuntik dalam akal fikiran manusia yg GILA sangat dengan filem Hollywood untuk mengaitkan Islam dengan keganasan. Sedangkan Islam diturunkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam....manusia,haiwan, tumbuhan,.....semua dapat menikmati nikmat Islam yg diturunkan Allah.
panjang betul aku berceloteh hari ni........harap2 aku dapat berubah daripada yg buruk kepada yg baik......mcm tu lah jugak dengan orang lain.RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAAAL....adios
panjang betul aku berceloteh hari ni........harap2 aku dapat berubah daripada yg buruk kepada yg baik......mcm tu lah jugak dengan orang lain.RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAAAL....adios
Subscribe to:
Posts (Atom)