Saturday, March 13, 2010

macam susah....







"reuse, reduce, recycle" atau bahasa melayu nya " guna semula, kurangkan, kitar semula" telah menjadi laungan banyak pihak baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Namun, yang sedihnya di Malaysia, ramai lagi dalam kalangan kita yang kurang kesedaran akan hal mustahak seperti ini termasuklah aku.

"ah, lecehlah benda cam ni!"....."ala.....xpe....makcik kutip sampah boleh buat".......

dan banyak lagi frasa yg menunjukkan sifat kemalasan keluar dari mulut2 manusia termasuklah aku. Kenapalah kita malas sangat untuk berbakti pada alam sekitar? Mungkin sesetengah orang berpendapat ia xlah sepenting pelajaran dan agama. Namun, sedar x kita yang kita belajar di sekolah, universiti dan sebagainya yang kita perlu menyayangi alam sekitar dan sedar x kita bahawa selain dari hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, kita juga ada hubungan dengan alam sekitar?

Jadi, sebagai manusia yang bertanggungjawab kita perlulah lakukan sesuatu demi dunia kita ini. contohnya, layan je lah kempen2 "Sabtu tanpa beg plastik" sebagaimana yang dijalankan di Selangor dan KL. Selain itu, buat la apa2 yang patut seperti yang dah kita belajar kat sekolah dulu. Bukan kita rugi pon buat semua benda ini. Semuanya mendatangkan kebaikan untuk kita dan juga alam sekitar.