Tuesday, June 30, 2009

setahun berlalu

Bila difikirkan balik, sebenarnya UiTM bukanlah universiti impian aku. Itulah yang aku pegang semasa di awal form 5 dan hinggalah SPM. Bagi aku, aku lebih suka memilih sama ada UIAM atau USM. Kenapa aku pilih 2 universiti ni? Kalau untuk UIAM, jawapannya adalah kerana aku still lagi nak belajar BA. Tapi itu dulu. Dan untuk USM pula, aku berminat kerana aku pernah melawat ke u tersebut. Aku dapati memang universiti tersebut amatlah kondusif. Tapi, apakan daya 'KITA YANG MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN'. Setelah ak bersusah payah ke sana dan ke mari untuk menyempurnakan borang UIAM dan baru pulang dari umrah bersama nenek, atuk n moyang aku, aku dikejutkan dengan kata-kata, "lepas pergi mekah, pergi US pulak". Aku terkejut dengan kata-kata sebegitu. Rupa-rupanya temuduga yang aku jalani kat PICC 2 bulan sebelum itu melayakkan aku mendapat biasiswa, JPA atau englishnya PSD. Aku tidaklah merancang sebegitu kerana aku telah bersemangat giler untuk masuk ke UIA. Akhirnya, setelah pujuk dan rayu, aku pun terimala tawaran tersebut.

Di UiTM atau lebih spesifik di INTEC, aku hanya keseorangan di sana disebabkan tiada seorang pun rakan sekolah aku yang ditawarkan ke sana. Namun, aku bukanlah keseorangan sebenarnya. Ada lagi rakan sekolah lain yang dahulunya telah berpindah ke sekolah lain, antaranya Raja (intersaber) n Oshin (kisas).

Mula-mula, memang la agak sukar dengan persekitaran baru. Cara belajar, pergaulan, dan kehidupan universiti yang tidak sama langsung dengan sekolah. Namun, dari hari ke hari aku dapat menyesuaikan diriku sedikit dengan suasana di sekeliling.


bersambung....penat la......

FALL SEMESTER 2008
-sebelum kitorang ditempatkan di dalam kelas, kitorang terlebih dahulu dikehendaki menduduki ujian BI n Maths. Selepas itu, kelas dibahagikan mengikut pencapaian masing2 dalam ujian BI. Hasilnya, kitorang dimasukkan ke kelas2 seperti Austin hinggalah ke Memphis. Memang melangit perbezaan Austinians ngan kelas2 lain. Aku pulak terdampar di dalam Kearney. tiada apa sangat yang nak diceriatakan pasal Kearney. Sebabnya kelas aku ni biasa2 je. Tapi classmates semuanya baik la.....tapi rapat sangat. "TEMAN TAPI XMESRA". Itulah yang dapat disimpulkan. Masa fall'08, memang banyak subjek BI yang kadang2 amat menyeksa jiwa ni. Precalculus pun antara pembunuh bersiri aku dalam siri2 ujian di kelas aku. Dikesempatan ni, aku nak ucapkan berjuta terima kasih kat lecturers n classmates yang banyak sangat tolong aku.

dalam kenangan:

Lecturer tersayang
-Mr Adam Scofield aka Ikhwan
-Ms Mira
-Pn Mastura
-Ms Rashida
-Ms Farhana
-Mr Faidz
-Mr Kamal


Kawan2 tercinta
-Low Yee Chen
-Meerul
-Aiman
-Ooi
-Che Mat
-Chot
-Afif
-Hairi
-Atikah
-Mimi
-Rohani
-Chan Kit Hang
-Gborn
-Faeman
-Liyana
-Semah
-Azwan
-Popi
-Eriq
-Amni
-Rizi
-Syaza

huhu.........

Thursday, June 25, 2009

a dedication to my beloved friends of kearney, fargo, n boston

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,
yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku ,
walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.
Mengejar mimpi ,
yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Monday, June 8, 2009

Bukit Tinggi bukan sahaja kat Pahang

Setelah sekian lama hidup berjauhan dengan kawan2 sekolah akhirnya dapat juga aku menemui sebahagian dari mereka yang kini hidup dengan arah tuju dan haluan masing-masing. Lebih kurang setahun lebih aku tak jumpa dorang berdua.

 Hajat kat hati nak jumpa lagi ramai, tapi atas kekangan masa dan hal masing2, benda2 seperti reunion, perjumpaan, dan sebagainya seakan sukar untuk direalisasikan. Namun, nasib baiklah atas kecanggihan teknologi terkini, akhirnya aku berpeluang untuk YM dengan zarin. Sembang punya sembang…akhirnya sampai ke conclusion iaitu untuk pergi berjalan2.

Akhirnya, kitorang memilih Klang, bandar diraja Selangor sebagai destinasi kitorang ekoran masing2 memang duduk dekat dgn Klang. Tapi, dorang suruh aku pergi Jusco Bukit Tinggi. “jusco Bukit Tinggi? Yang aku tau Bukit Tinggi tu dekat dengan rumah Amen sobeit,” ujar Adib Bakeri (note: bkn Adib Afandi k) setelah aku bertanyakan  beliau perihal Jusco Bukit Tinggi. Aku pon berfikiran sebegitu. Yang aku tau hanyalah Jusco Bukit Raja. Aku beralih kepada Azhar. Dalam system pesanan ringkas dia menyatakan seperti cuba ingin membantuku untuk pergi ke Klang. “Ko ambik bas 601 untuk pergi Klang n lepas tu ko carik la bas nak pergi Jusco Bukit Tinggi.” Lebih kurang camtu la bunyik mesejnye. Thanks la……..

Esok paginya aku berasa amat malas untuk bangun dan basuh baju. Aku dah janji dengan kawan aku yang terchenta iaitu Wak n Zarrin, yang aku nak bertolak awal. Almaklumlah….tak tahu jalan. Apepon, I managed to get there!!!YESZ…..

Di Klang. Setelah turun dari T601…..aku tengok keadaan Klang seakan2 pekan antarabangsa yang mempunyai penduduk berbilang kaum terutamanya dari Asia Selatan (phm2 la kan) dan tak kurang jugak warga seberang Selat Melaka iaitu selat yang terpanjang  kat dunia. Berapa peratus je rakyat Malaysia yang aku nampak. Arghhh….pedulikkan semua tuh! Aku dah lambat nih…….. aku pon terus cari bas yang aku nak naik……dan akhirnya……aku jumpa! What the fun!!!!!

Aku nak cepat sampai…perut aku dah lapar dah ni…….kesian Amni. Sepatutnya aku teman dia sarapan kat Dawood. Sori Meni!!!Sampai je kat Jusco aku terus bergegas membeli sarapan yang ala kadar je.....iaitu air kotak n kentang goreng. Memang besar...bukan je ada Jusco, rupe2nyer tempat tu merupakan mall yang besar, macam Mid Valley gak r. Tak lama lepas tu, wak pon tepon. Dorang akan sampai kejap lagu. Huhu........best nyer.........benda yang paling best aku dapat buat hari tu, JUMPA ZARRIN N WAK aka FAHMI.

Dah lama tak jumpa, tapi masing2 still macam dulu. Wak dengan saiz badan yang agak gempal, dressing yang agak sama macam dulu, cuma rambut agak panjang la. Zarrin plak, sama gak macam dulu, xbanyak yang berubah. Tapi mungkin kali ni kitorang agak mesra sedikit, sebab ada banyak benda yang kitorang nak kongsi. Kitorang tak de la buat yg special sangat, cuma setakat tengok movie (terminator salvation) n makan2 je n solat jemaah sama2 walaupun lewat. Memang seronok sangat buat benda2 macam tu. Kalau dulu makan sama2, solat sama2, n mandi pon sama2. So, bile lama dah xbuat rasa rindu sangat. Banyak yang kitorang bualkan tentang diri masing2, u, sekolah, kawan2 lain.....................................hmmmm..........puasnyer ngan korang!!! 


Zarrin (berbaju melayu hijau) di samping Afzhan dan Ilman



aku dan Wak

habis je makan, kitorang pon solat n balik. Tapi, thanks kat korang berdua yang sanggup hantar aku jauh ke Shah Alam ni. Thanks kat Zarrin banyak2 coz tu kereta bapak die n Wak yang sudi bawa kereta tu.. Jumpa lagi nanti yerk......maybe raya?ok kowt....