Tuesday, June 30, 2009

setahun berlalu

Bila difikirkan balik, sebenarnya UiTM bukanlah universiti impian aku. Itulah yang aku pegang semasa di awal form 5 dan hinggalah SPM. Bagi aku, aku lebih suka memilih sama ada UIAM atau USM. Kenapa aku pilih 2 universiti ni? Kalau untuk UIAM, jawapannya adalah kerana aku still lagi nak belajar BA. Tapi itu dulu. Dan untuk USM pula, aku berminat kerana aku pernah melawat ke u tersebut. Aku dapati memang universiti tersebut amatlah kondusif. Tapi, apakan daya 'KITA YANG MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN'. Setelah ak bersusah payah ke sana dan ke mari untuk menyempurnakan borang UIAM dan baru pulang dari umrah bersama nenek, atuk n moyang aku, aku dikejutkan dengan kata-kata, "lepas pergi mekah, pergi US pulak". Aku terkejut dengan kata-kata sebegitu. Rupa-rupanya temuduga yang aku jalani kat PICC 2 bulan sebelum itu melayakkan aku mendapat biasiswa, JPA atau englishnya PSD. Aku tidaklah merancang sebegitu kerana aku telah bersemangat giler untuk masuk ke UIA. Akhirnya, setelah pujuk dan rayu, aku pun terimala tawaran tersebut.

Di UiTM atau lebih spesifik di INTEC, aku hanya keseorangan di sana disebabkan tiada seorang pun rakan sekolah aku yang ditawarkan ke sana. Namun, aku bukanlah keseorangan sebenarnya. Ada lagi rakan sekolah lain yang dahulunya telah berpindah ke sekolah lain, antaranya Raja (intersaber) n Oshin (kisas).

Mula-mula, memang la agak sukar dengan persekitaran baru. Cara belajar, pergaulan, dan kehidupan universiti yang tidak sama langsung dengan sekolah. Namun, dari hari ke hari aku dapat menyesuaikan diriku sedikit dengan suasana di sekeliling.


bersambung....penat la......

FALL SEMESTER 2008
-sebelum kitorang ditempatkan di dalam kelas, kitorang terlebih dahulu dikehendaki menduduki ujian BI n Maths. Selepas itu, kelas dibahagikan mengikut pencapaian masing2 dalam ujian BI. Hasilnya, kitorang dimasukkan ke kelas2 seperti Austin hinggalah ke Memphis. Memang melangit perbezaan Austinians ngan kelas2 lain. Aku pulak terdampar di dalam Kearney. tiada apa sangat yang nak diceriatakan pasal Kearney. Sebabnya kelas aku ni biasa2 je. Tapi classmates semuanya baik la.....tapi rapat sangat. "TEMAN TAPI XMESRA". Itulah yang dapat disimpulkan. Masa fall'08, memang banyak subjek BI yang kadang2 amat menyeksa jiwa ni. Precalculus pun antara pembunuh bersiri aku dalam siri2 ujian di kelas aku. Dikesempatan ni, aku nak ucapkan berjuta terima kasih kat lecturers n classmates yang banyak sangat tolong aku.

dalam kenangan:

Lecturer tersayang
-Mr Adam Scofield aka Ikhwan
-Ms Mira
-Pn Mastura
-Ms Rashida
-Ms Farhana
-Mr Faidz
-Mr Kamal


Kawan2 tercinta
-Low Yee Chen
-Meerul
-Aiman
-Ooi
-Che Mat
-Chot
-Afif
-Hairi
-Atikah
-Mimi
-Rohani
-Chan Kit Hang
-Gborn
-Faeman
-Liyana
-Semah
-Azwan
-Popi
-Eriq
-Amni
-Rizi
-Syaza

huhu.........

4 comments:

AMiN said...

bes gile care supraisz ko..huhu

aq pn dtg intec sorg je...
tup2 jumpe shasha..schoolmate aq time skola rendah..hahaha

panda putih said...

lolzz...man..br tls skit da penat

eman90 said...

tau takpe.....

ar-Rijal said...

aiman bdak kecil yg comel